Wednesday, 6 February 2013

sebenarnya semakin lama kita berada di dunia yang fana ni semakin kita mengenali diri sendiri dan orang lain terutama yang berada disekeliling dan sebelah dengan kita...sikap tidak puas hati, dengki, sakit hati , cemburu dengan kebahagian dan rezki yang Allah berikan pada orang lain dan juga suka mencari kesalahan dan aib orang lain merupakan petanda seseorang itu mempunyai masalah....maka adalah lebih baik sama ada bagi diri kita sendiri dan juga diluar sana banyakkan muhasabah diri....istiqfar banyak-banyak yang paling penting sekali sekala pandang cermin dalam-dalam ..

cuba bercakap sendiri apa dah kita buat....sesungguhnya hidup ni tak lama....sampai masa dan ketika takut tidak ada kesempatan untuk kita memohon kemaafan dari orang yang telah kita lukai...dan jangan kita lupa dan alpa doa orang yang teraniaya makbul cuma mungkin esok....lusa ....setahun atau dalam masa lima tahun atau lebih tepat lagi suatu masa nanti tak mustahil kita akan dapat apa yang telah didoakan oleh mereka itu.
bagi diri ini sesungguhnya apa yang terbaik adalah dari Allah.....yang serba kekurangan dan yang tak baik adalah dari diri sendiri kerana sebagai manusia tak akan lengkang dari melakukan kesilapan dan kesalahan cuma ...harap semoga segala kesalahan akan diampun dan dimaafkan...oleh mereka-mereka dan Allah amin.

No comments:

Post a Comment